Friday, October 1, 2010

SEJARAH SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

SEJARAH PDRM DAN PASUKAN SUKARELAWAN POLIS


25 Mac 1807
Pegawai British pertama menjadi ketua polis berpangkat Sheriff.

1825
Penubuhan Burglar Guard di Melaka bagi mengawal keselamatan pelabuhan dan persekitarannya ketika itu.

1856
Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan dan wujudlah Straits settlement of Police

1874
British meluaskan jajahan takluknya di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Pahang, serta melengkapkan negeri - negeri tersebutu dengan pasukan polisnya,

1896
Penubuhan pasukan Polis negeri - negeri Tanah Melayu.

1946
Malayan Union digagaskan, dan Polis Tanah Melayu di tukar nama kepada Polis Malaya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur

1948
Polis Malaya ditukar nama kepada Federation of Malaya Police

1948
Darurat di Tanah Melayu, menyebabkan penubuhan Kawalan Keselamatan Kampung, Sukarelawan Polis dan juga Polis Bantuan bagi menjaga keamanan negara dan juga aset - aset pihak British sehinggalah tamatnya darurat.

1956
Police Volunteer Reserve (PVR) ditubuhkan secara rasmi lanjutan dan rentetan kecemerlangan dan jasa - jasa dari peristiwa darurat dan bagi tujuan pengawasan wujudlah Police Volunteer Regulations 1956

1957
Auxiliary Police (AP) atau Polis Bantuan telah dimansuhkan oleh PDRM.

24 Julai 1958
DYMM Yang Dipertuan Agong memberi gelaran Di Raja (Royal)

16 Sept 1963
Negara Malaysia ditubuhkan dan semua pasukan polis di Sabah, Sarawak, Singapura, dan negeri-negeri di Semenanjung digabungkan menjadi satu pasukan polis sahaja.

1965
Polis Singapura keluar dari pasukan kerana negara tersebut menjadi Republik yang berasingan dari Malaysia.

1967
Akta Polis 1967 diwujudkan selepas Singapura keluar dari Malaysia dan telah di draf pada Tahun 1965. Akta tersebut setelah mendapat perkenan DYMM Agong ketika itu menggunakan perkataan DiRaja kepada Pasukan PDRM (Tetap), Sukarelawan Polis dan Polis Simpanan (bekas Pegawai Kanan PDRM bersara sehingga umur 60 tahun) - Rujuk akta.

1970
Polis Bantuan telah diwujudkan semula dengan objektif yang berbeza berbanding tahun 1948, dan pada awalnya hanya syarikat - syarikat atau badan berkanun ekuiti kerajaan sahaja yang layak menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri

1 comment:

  1. tahniah tuan, dengan fenomena terbaru. Tambahkan lagi page agar nampak menarik.

    ReplyDelete