Friday, October 1, 2010

ELAUN, SYARAT DAN KELAYAKAN SUKARELAWAN POLIS

oleh SPDRM IPD PENAMPANG, SABAH pada pada 17hb Februari 2010 pukul 8.22 pagi
Sukarelawan polis merupakan satu cara yang baik bagaimana masyarakat mengambil bahagian dalam penguatkuasaan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan harta dan nyawa kawasan setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis. 

Kekosongan biasanya akan dihebahkan melalui akhbar tempatan atau media elektronik. Pengambilan akan dibuat oleh kontinjen-kontinjen apabila terdapat keperluan di daerah-daerah dibawah kontinjen berkenaan.

ELAUN
Elaun Kehadiran Latihan Tempatan
* Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
• Pegawai: RM 5.80 sejam 
• Lain-Lain Pangkat: RM 4.00 sejam 
Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan): RM300.00 
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai tahun kedua) RM125.00 
Elaun Pakaian Istiadat (5 tahun sekali) RM750.00 

SYARAT PERMOHONAN
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :- 
• Taraf Kewarganegaraan 
• Warganegara Malaysia
• Umur 
• Tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
• Ukuran badan 
o Lelaki - Tinggi 162cm (5' 4"). Lilitan dada 81cm/86cm (32"/34"). Berat badan 48kg.
o Wanita - Tinggi 152cm (5'). Berat badan 43kg
• Penglihatan & Pendengaran 
o Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata, tidak buta warna dan dan pendengaran yang baik
• Kelulusan Akademik 
o Sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A/B atau Pangkat C bagi tahun 1969 dan sebelumnya atau setaraf dengannya (salinan sijil hendaklah disertakan)

LAIN-LAIN KELAYAKAN
1. Mempunyai pekerjaan tetap 
2. Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat 
3. Bermastautin di dalam lingkungan 18 km dari balai polis daerah yang dipohon 
4. Bersih dari sebarang rekod Jenayah/Cawangan Khas 
5. Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat 
6. Pekerja-pekerja dari kumpulan 'key personnel' seperti hospital, TNB, Telekom, pengawal keselamatan (Badan Berkanun/Kerajaan/Swasta) tidak layak memohon 

CARA MEMOHON
• Semua permohonan hendaklah melalui borang khas yang boleh didapati dari balai polis daerah. 
• Pemohon hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan/Majikan. 
• Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Ketua Polis Negeri berkenaan (U/P: Komandan Sukarelawan Polis). 
 Elaun kehadiran Latihan Tempatan

Tuntutan
Elaun dan Insentif


1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan

    Tuntutan elaun tidak melebihi  48 jam sebulan
          Pegawai              : RM5.80 sejam
          Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam

2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
          Bertugas lebih   380 jam   setahun -  RM 520.00
          Bertugas 240 ~ 379 jam   setahun -  RM 390.00
          Bertugas 120 ~ 239 jam   setahun -  RM 260.00
          Bertugas kurang 120 jam setahun -  TIDAK LAYAK 

 3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)

          Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00
          Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai
          tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
          Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00 

4. Kemudahan Lain

          Bekalan Pakaian Seragam
          Rawatan Perubatan
          Compesation-ganjaran & elaun
          Kematian semasa bertugas  *
          Kecacatan semasa bertugas *
          Belanja pengkebumian *

*  Melalui penyertaan skim insuran berkelompok

Untuk menyemak tuntutan elaun secara online maklumat boleh dicapai melalui:
http://emaklumweb.anm.gov.my
elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
Pegawai : RM5.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam

2. Elaun
Bidang Tugas


Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.

Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

1.       Pejabat pertanyaan / tugas telefonis
2.       Tugas Bit
3.       Tugas Rondaan
4.       Tugas Trafik
5.       Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)
6.       Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah
7.       Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK
8.       Pentadbiran Biasa / Harian
9.       Tugas Kawalan Perhimpunan
10.   Tugas kawalan

No comments:

Post a Comment