Friday, October 1, 2010

PENGENALAN SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Pasukan Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve Force) adalah sebuah pasukan yang mana ianya merupakan suatu cawangan didalam PDRM. Ianya diiktiraf oleh pihak kerajaan melalui sumbangan-sumbangannya yang efektif lagi konsisten, dan penubuhannya adalah sebagaimana tercatat dalam lunas perundangan melalui apa yang tertera dan didokumentasikan di dalam Sek 34 hingga Sek 46, Akta Polis 1967.


Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya. Pihak kolonial melalui persepsinya ketika itu memanggilnya dengan panggilan "Auxiliary Police" atau Polis Bantuan, dan yang mana ketika itu sebenarnya adalah masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan bulanan.


Sukarelawan Polis dan Auxiliary Police atau Polis Bantuan adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan kuasanya. Sukarelawan Polis dari sebelum merdeka hingga kini ianya terus wujud dan masih relevan bagi membantu pihak PDRM membanteras jenayah dan juga mendekatkan polis dengan masyarakat.

No comments:

Post a Comment